Monday 31 December 2012

Kawan Dari Kecil




yang kiri baju merah tu adik shida


Cak! Sebenarnya kat area rumah shida tu dah lama tak ade kenduri kahwin..tu yang semangat nak mengepost entry ni..selalunya diorang buat kat dewan mane-mane je..and semalam abang kawan shida meriahkan balik kawasan tu dengan kenduri kahwin dia..siap ada gotong royong..potong-potong bawang bagai..tu yang meriah tu..sekarang kan ramai orang lebih suka order katering..


baju biru tu la tuan rumah nye..

Bila ada kenduri ni..dapat la jumpa kawan-kawan dari kecil..seronoknya..tak tahu nak cakap macam mana...ada aje benda nak di ceritakan..duduk sembang-sembang..cerita pasal masa kecil-kecil..sampai tak sedar masa berlalu..seronok betul..

Oh ye, rumah shida ni kuarters kerajaan..tak ramai..satu blok ada 16 family aje..jadinya memang rapat la..walaupun umur lain-lain..tapi sebab dari kecil membesar bersama..pergi sekolah rendah menengah sama-sama..

Sedih juga bila kenangkan lepas ni ayah masing-masing akan bersara..Lepas sorang-sorang pindah..mungkin shida yang terakhir sebab abah shida nak pencen masa umur 60..minta abah dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik..

# Semoga persahabatan ini diteruskan sehingga ke akhir hayat #







Mee Tarik Cina Muslim



Iye..memang mee ni nama dia mee tarik..sebab memang mee yang dibuat sendiri..rasanya owner kedai ni dari China..tapi tak tahu dari area mane..sebab bila tanya diorang tak faham sangat...English pun tak reti sangat..yang melayu pun basic-basic je..air apa? makan apa? tu je..pun boleh berbisnes kat negara kita ni..daebak kan..

sorry..pic tak clear..takde dslr.. hihi


Yang bestnya mee tarik ni..kita boleh tengok die uli-uli tepung tu, tarik-tarik tepung tu, hempas-hempas tepung tu..sampai la jadi mee.. and hygiene die pun tip top..sebab dapur die ada dinding kaca..so customer boleh la tengok kat dalam..so customer leh tengok keunikan dan kebersihan diorang ni..mestilah diorang nak jaga kan..


Masa nak pilih menu ade la gak hampir 10 minit..sebab semua belum pernah makan..jadinya pilih yang simple dulu..lain kali order yang heavy2..sebab takut tak boleh terima dengan tekak..tapi bila dah rasa..mengaumm rasa nak order lagi..haha


Boleh la cuba mee tarik ni..die bukan setakat ada mee je..ada macam-macam..oh kedai die dekat business park baru kat sungai besi..berdekatan dengan kfc sungai besi..try GPS Kfc Sungai Besi..round2 sekitar situ..nanti jumpa..susah nak terangkan jalan sebab area tu baru buka..

# teh 'o' die rasa nipis je..sedap!#

Friday 28 December 2012

JAHITAN MANIK BUNGA SEMPERIT


Shida memang suka amik cuti panjang hujung tahun..macam cuti sekolah lak..macam tahun ni shida cuti 2minggu...silalah jeles dengan shida..hihi..


Cuti-cuti ni shida apelagi ambil kesempatan jahit manik la..hobi shida ni.. :)


Jahitan manik ni memang simple sangat and bagaikan langit dan bumi kalau nak bandingkan dengan
penjahit-penjahit manik kat luar sana..tapi bila kita jahit sendiri kepuasan tu lebih..

#sekarang ni banyak buku and blog pasal jahit manik, belajar dari situ pun boleh asalkan ada minat#

Angin Kuantan - Cherating (Part 1)



Sihat tak? Shida baru je lepas lelah balik dari kuantan..oh ye..memang rezeki shida..dapat jalan2 kat sana tanpa tersekat dek banjir..hari pertama shida sampai cherating hari nampak cerah je..masuk hari kedua hujan renyai2..tapi still leh enjoy lagi..and bonus nye..banyak gak la picture yang di snap bersama dengan payung..

Hari 1

Window shopping di Berjaya Megamall (lupa nak snap pic akibat tengok barang-barang die) pastu petang sikit gerak ke Cherating..lepak kat chalet..mandi kolam puas-puas..  :)

 memang pilih chalet yang ada kolam seluas alam..memang puas la..

 Hari 2

  
Masuk percuma aje just digalakkan untuk beri sumbangan..tak jauh dari pantai Cherating..dalam 3km rasanye..shida depend pada GPS aje..tekan pastu ikut je jalan..kat sini boleh tengok penyu dari kecil sampai la ke besar nye..






Naik Kuantan Cruise..dapat tengok kampung nelayan dekat area Tanjung Lumpur dan Tanjung Api, kawasan buaya berehat ( takde rezeki nak tengok buaya berjemur hari tu sebab hari tak panas terik)..
Kat kampung nelayan tu..ada macam2 jenis bot nelayan..ada besar ada kecil..ada yang dari Vietnam (bot Vietnam cantik lain betul dari Msia) dari Terengganu..Kelantan..




Petang sikit..pergi muzium..Jarak dari Kuantan dalam 40km..oh ye muzium ni buka sampai 5petang ye..muzium ni berkisarkan pelombongan...menarik sangat sebab dapat tengok macam2 jenis batuan diorang kutip..pastu mesin2 amik bijih timah and suasana dalam terowong tu..seram pun ada..


Muzium Sg Lembing ni banyak pamerkan barangan antik..abah ngan mak shida memang excited la dapat tengok zaman moyang2 diorang...kat sana boleh tengok tapak lombong..tapi tengah renovate lak masa shida datang...diorang macam buat taman je..boleh la berkelah2 nanti..

Hari 3

Hari tu rupanya Kuantan banjir..tapi petang sikit dah reda..patut la jem teruk...nasib baik check out dalam tengahari..jadinya tak tersangkut dengan banjir..Alhamdulillah..

Pusing-pusing nak cari Galeri Tenun Pahang..dekat GPS cakap dah sampai..tapi tak nampak pun bangunan nya..dengan semangat pergi la singgah pusat info pelancongan sebelah dengan Kompleks Teruntum..


Rupa-rupanya Galeri Tenun Pahang tu dalam Kompleks Teruntum tu..die galeri jualan sekali..siapa yang minat kain tenun boleh la masuk..


Pahang Art Museum @ Muzium Seni Pahang (signboard banyak) ni tengah renovate and yang sedih sikit pameran kartunis LaT baru je habis..siapa nak pergi muzium seni ni better check jadual pameran die dulu...Muzium ni dekat je dengan Masjid Negeri..
 
Masjid Biru

Dalam perjalanan pergi Teluk Cempedak..singgah Taman Gelora..macam taman tasik la kalau kat KL..tapi die tepi laut..memang style la..tapi masa shida pergi..memang laut tengah bergelora la..first time tengok ombak tinggi2 depan mata..


Depan Taman Gelora ada kem Askar Wataniah..shida and family sempat la berposing depan kem tu...


Angin yang tersangat la kuat kat Teluk Cempedak..first time rasa angin sekuat ni..Maha Suci Allah..Kalau ikutkan plan nak jalan kat siar kaki kat situ..tapi sebab angin yang kuat..tak jadi la..tengok laut dari jauh aje..ombak pun kuat..pengalaman baru..


Ha nanti kalau jalan-jalan kat sana jangan terkejut pulak tengok banyak patung harimau..patung tu untuk takutkan kera-kera..oh shida pun terkejut juga sebab patung-patung harimau tu besar macam saiz sebenar je..Lepas tu jalan-jalan cari cenderahati..and dinner kat Tanjung Lumpur..pastu gerak balik..terasa rindu KL..


#lepas ni shida update pasal chalet kat cherating and kedai makan seafood yang terhebat dekat kuantan#

Monday 10 December 2012

Review Movie : Wreck It Ralph






Dah tengok movie comel ni? Movie ni dah lama keluar tapi shida baru dapat tengok..

Star rating : 4 star!

Sebelum korang nak pergi tengok movie ni shida harap korang jangan tengok movie ni sambil makan popcorn..sebab asyik nak gelak je..kelakar sangat..takut tersedak lak nanti..

Cerita ni berkisarkan watak-watak dalam game..ada Pacman...ada Zombie..banyak lagi la..memang cute je..haha..Tema movie ni..bad guy nak jadi good guy..

Ralph ni kerja die rosak kan bangunan pastu Felix akan repair balik..sampai semua orang tak suka kat dia..tapi yang sebenarnya dia bukan nak jadi jahat pun..dia yang di programkan jadi jahat..so dalam movie ni..nak citer macam mane die nak tunjukkan kat kawan-kawan yang die pun boleh jadi good guy...




# dapat free ticket screening movie Ah boys to men, movie dari negara singa..huhu#

Wednesday 5 December 2012

TEMUDUGA PENOLONG AKAUNTAN W27



Sihat semua? Last week shida dapat interview jawatan W27 ni di PTPTN..
Shida ada janji nak share pengalaman shida yang tak seberapa ni kan..maybe boleh membantu sikit untuk korang yang tak pernah pergi interview government tak pun badan berkanun..sebenarnya..badan berkanun ni half swasta half government..so cara interview dia lebih kurang je..
contoh : PTPTN, KWSP, LHDN...(banyak lagi,just google)

Soalan-soalan yang ditanya masa interview:

1.   Perkenalkan diri
2.   Bidang kerja sekarang
3.   Serba sedikit latarbelakang PTPTN
4.   Misi PTPTN
5.   Siapa Menteri Pengajian Tinggi
6.   Siapa Timbalan Perdana Menteri
7.   Asas Perakaunan
8.   Apa itu ujrah
9.   Pengiraan ujrah
10. Kaitan bajet 2013 dengan PTPTN


Bayangan suasana interview :

1. Urusetia beri borang maklumat diri untuk calon yang hadir..
2. Lengkapkan borang beserta gambar berukuran pasport
3. Semak susunan sijil dengan urusetia
4. Urusetia beri nombor giliran
5. Tunggu sehingga nombor dipanggil.


Masa interview SPA..lebih formal sebab calon akan masuk bilik interviewer..tapi masa kat PTPTN ni diorang buka dua kaunter dalam dewan...

Bertambah nervous la..sebab kita nampak calon sebelum kita buat..and nampak interviewer tu jenis humor ke serius..and nasib baik shida dapat yang jenis humor..kurang nervous sikit..

Selamat Maju Jaya!


#jangan lupa bawa spare pen hitam ye korang..#

Tuesday 4 December 2012

WEDDING FARHA DAN FADZIL




                                     02.12.2012


door gift dari pengantin

Tarikh pun cantik je kan..

Ahad lepas di Wisma Sejarah..kawan teknik shida kahwin..dah sampai jodohnye..
Yang happy sangat..bila tengok muka die macam tak percaya je shida datang..
sebab dalam 2-3 bulan ni shida macam malas nak buka fB..
nasib baik ada kawan baik shida ajak sekali..kebetulan tak de hal..
ape lagi laju je la bersiap nak makan nasi minyak..

Unik sikit warna tema kawan shida ni..purple + turquoise + putih..cantik la..dah la 2-2 warna sweet.. 



Apepun..tahniah ye farha and hubby..semoga kekal hingga syurga..dapat anak2 soleh dan solehah..


# rindu kat bff shida yang di perantauan..rasa lain sikit..pergi kenduri tak cukup korum#