Monday 31 December 2012

Kawan Dari Kecil




yang kiri baju merah tu adik shida


Cak! Sebenarnya kat area rumah shida tu dah lama tak ade kenduri kahwin..tu yang semangat nak mengepost entry ni..selalunya diorang buat kat dewan mane-mane je..and semalam abang kawan shida meriahkan balik kawasan tu dengan kenduri kahwin dia..siap ada gotong royong..potong-potong bawang bagai..tu yang meriah tu..sekarang kan ramai orang lebih suka order katering..


baju biru tu la tuan rumah nye..

Bila ada kenduri ni..dapat la jumpa kawan-kawan dari kecil..seronoknya..tak tahu nak cakap macam mana...ada aje benda nak di ceritakan..duduk sembang-sembang..cerita pasal masa kecil-kecil..sampai tak sedar masa berlalu..seronok betul..

Oh ye, rumah shida ni kuarters kerajaan..tak ramai..satu blok ada 16 family aje..jadinya memang rapat la..walaupun umur lain-lain..tapi sebab dari kecil membesar bersama..pergi sekolah rendah menengah sama-sama..

Sedih juga bila kenangkan lepas ni ayah masing-masing akan bersara..Lepas sorang-sorang pindah..mungkin shida yang terakhir sebab abah shida nak pencen masa umur 60..minta abah dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik..

# Semoga persahabatan ini diteruskan sehingga ke akhir hayat #







2 comments:

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

paling happening lah bile dpt rewang2 ni kan,,nak nak dpt jumpe kawan2 lama.,

moge bkekalan hgga ke akhir hayat ye psahabatan tu =)

Unknown said...

mm2 sekarang dah susah nak jumpa majlis kahwin yg ade gotong royong ni.. aminn harapnya begitu..