Tuesday 29 January 2013

WEDDING AEN SOHAINI DAN AFIQ


Berangkat ke klang lak..ish busy nye cik shida ni..asyik attend kenduri kahwin je...ye memang jemputan berderet tahun ni..sampai pening nak pakai baju ape..huhu..dah sampai jodoh mereka..and the best part is..nanti shida dapat inspirasi sikit, jumpa kawan lama, and mengembirakan hati pengantin..

Kali ni course mate shida yang kahwin..alhamdulillah..bahagia melihat mereka! Semoga berbahagia hingga ke syurga dengan anak-anak yang soleh dan solehah..aminn..

 bersama yang dirai




Lepas makan nasi kenduri yang memang best! alhamdulillah..round2 kat Setia Alam City Mall yang superb best..besar and shopping lot die pun style..tak sempat nak shopping ape pun sebab kan pakai heels..terpaksa la mengundurkan diri lepas puaskan diri dengan Mango Smoothie with pearl dari Chattime..auuum!

WEDDING MEGAT DAN FUZAH



Kali ni shida berombongan makan nasi kenduri kat Sabak Bernam..bride and groom kali ni classmate shida juga masa zaman poly dulu..cinta berputik di situ le tu..hihi..shida doakan berbahagia dunia akhirat selamanya bersama anak-anak yang comel, soleh dan solehah..

Tema majlis diorang purple and baby blue..cantik sangat..sweet! and lagi sekali baju shida macam ikut tema..tak sangka..lauk kenduri pun lain dari yang lain sebab masakan orang jawa agaknye..ada yang shida tak tahu pun ape benda tapi makan aje..yang pasti sedap and kenyang sampai balik kl balik.. :)


 suka sangat design baju cik pengantin ni.






sempat singgah makan cendol bakar dekat assam jawa tapi sebab kan ramai sangat tak sempat la nak snap2 pic suasana kat gerai tu..yang pastinya ramai sangat singgah sampaikan RELA pun jaga trafik kat situ....ala yang ada drive thru tu..klik di sini

Monday 14 January 2013

WEDDING AJIM DAN WAN



                                  12.01.2013

Yeay! Ni first weeding ceremony untuk 2013..The special is the groom is my class mate..Dah jadi hubby orang dah..bile teringatkan kenakalan die..memang rasa nak gelak guling-guling.. The bride pun shida kenal sebab kawan dekat poly..just die course lain..tapi pernah juga main futsal sama-sama...

Alhamdulillah..ade jodoh diorang ni..moga kekal abadi sampai ke syurga..bahagia selamanya..and dapat anak yang comel2 serta soleh solehah..

kenyang perut suka hati~~wee

with the bride!  
oh rasa macam giant lak biler berdiri sebelah diorang yg kecik molek..T_T


love uolls!
Ade lagi satu memorable moment untuk shida on that day, Ira, one of my bff...driving! and die sedang giler stereng..hoyeah teruja sangat sangat..!! tapi risau juga..tapi nak bagi die confident and believe in herself..shida tak jadi co pilot die..sebab nanti shida yang lebih nervous...ouuuhh sorry ira ;p..




Friday 4 January 2013

WifeToBe - 21 Tips Jadi Isteri Idaman


1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
 
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
 
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
 
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

 
 Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
 
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
 
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
 
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin
mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
 
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11.Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
 
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
 
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13.  Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
 
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
 
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik
 
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16.Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
 
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi
kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17.Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
 
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
 
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
 
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
 
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
 
 Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan
tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

 #insya Allah, mari membaiki diri dan bersedia untuk alam baru#

*sumber:copy paste dari kawan rapat yang dah jadi isteri orang..  :)

Doakan yang terbaik



3 Jan 2013..satu-satunya adik lelaki shida berangkat lah die ke kem PLKN di Sarawak..Untung orang Malaysia ni..pergi kem just 3 bulan kalau kat korea tu..meraung la..3 tahun tu.. Kalau 3 bulan ni boleh la rasa cam pergi holiday.. kan kan..lagi-lagi tempat yang tak pernah pergi..dapat lak naik flight..untung kan..
(nak pergi tapi tak terpilih, orang cakap kalau kita nak tu yang tak dapat tu..iye ke?)


Kali pertama shida dapat tengok suasana kat tempat berkumpul untuk pelatih-pelatih PLKN ni..pusat berkumpul  ni di Mindef berdekatan dengan WangsaWalk Mall...ramai sangat..and yang kelakar beg adik shida paling kecil..yela nanti dapat baju seluar tajaan kerajaan..huhu..untung la..dapat baju celoreng2..



Shida doakan adik shida and adik-adik yang dapat PLKN or yang tengah tunggu sesi yang lain all the best, good luck and rebutlah peluang untuk menjadi insan yang lebih hebat, cemerlang and terbilang..hopefully adik-adik ni lebih jelas lagi cabaran masa dewasa..sebab nak survive masa akan datang perlukan jati diri yang kuat..


Kat sana, pihak Mindef ada wat pameran tentang kezaliman Israel dan nasib saudara Islam kita di Palestin..Menakutkan bila tengok konspirasi Israel tu..Senarai barangan dari negara yang zalim ni pun buat shida terkejut..banyak sangat..and semuanya memang boleh dikatakan setiap isi rumah guna salah satu produk diorang ni.. (kalau susah nak berhenti guna produk diorang, try tukar slow2..at least ada usaha)



#yang best pasal PLKN ni yang shida rasa..and jealous sangat sebab dapat buat aktiviti lasak..bestnya...!#

Wednesday 2 January 2013

First.




klik bagi besar sikit


Have a good day all!

Semoga kita diberkati Yang Maha Esa..

Thanks to all my dear readers and friends for all the time...
xoxoxo


Norshahida Hassan