Monday 30 June 2014

PELUANG BUAT DUIT SAMBIL ONLINE

Baru dengar cerita ade student yang dapat hampir 4 angka sebulan dengan jual sabun sambil online sambil buat assignment.

Bermodalkan INTERNET handphone saja.

Ape tah lagi kalau buat serius-serius lagi tu. Try imagine.

Betul ape yang kita selalu dengar,



¤ 9/10 dari pintu rezeki datang dari berniaga.

¤ Siapa usaha dia dapat.
¤ Dengan ada ilmu segalanya tak mustahil.



Siapa yang nak berniaga tapi TAK RETI cara berbisnes, NAK ubah penampilan, NAK capai IMPIAN, Nak FREE TRIP, Nak kawan2 POSITIF.

Jom bersama shida mengorak langkah.
InsyaAllah, 
KEJAYAAN pasti digenggam.

Friday 20 June 2014

BAGAIMANA FAR INFRA RED BERFUNGSI

Sebelum ni shida selalu mention yang Korset Premium Beautiful ada teknologi FIR. Tapi, ramai yang belum tahu lagi macam mana FIR ni bertindak sebenarnya.



Secara ringkasnya:


F.I.R menembusi kulit
|
Tindak balas resonan ke atas molekul air
|
Molekul bergetar menghasilkan haba
|
Salur darah mengembang
|
Perjalanan darah lebih lancar
|
Penghantaran nutrien dan pembuangan lemak
|
Sel-sel lebih sihat



Sumber: google.com

Dengan pemakaian Korset Premium Beautiful, secara automatik kalori kita akan dibakar, lama kelamaan, lemak dalam badan akan berkurangan. 


Sebab itu, shida menukar pakaian dalam shida ke Premium Beautiful, bukan untuk kecantikan luaran semata, tetapi untuk kesihatan dalaman juga.

Yang lagi best, saiz akan tepat dengan badan kita, sebab ada cara mengukur yang tersendiri, so badan kita akan curve dengan betul. Lemak-lemak akan melekat di tempat yang sepatutnya.




 

JOM DAPATKAN PREMIUM BEAUTIFUL ANDA SEKARANG
 boleh call/mesej 
SHIDA 
013-2529186
 

Wednesday 11 June 2014

MAJLIS AWARD SM/ SSM JUN 2014

Alhamdulillah, satu lagi sweet memory dalam hati shida. Shida dapat award untuk pencapaian sales sehingga RM20,000. Berkat tunjuk ajar mentor shida CDM Hanis Haizi, CDM Effareeza dan business partner yang lain. Tanpa ilmu dan support mereka, belum tentu shida akan capai ke tahap ini.


Majlis gilang gemilang ditambah dengan persembahan tarian kpop dan sharing dari beberapa CDM (pangkat tertinggi) yang sangat berinspirasi. Bercerita susah senang sebelum berbisnes dan selepas.


Bila dengar sharing dari mereka, hati shida macam direntap, sungguh tinggi semangat diorang nak business partner berganding bahu berjaya. Ada yang bermula dari modal serendah RM50.
Buat dengan tekad dan tekun, akhirnya kejayaan digenggam.



Bersama mentor kesayangan dan disegani, Hanis Haizi, yang sangat bersemangat dan pemurah ilmu. Sentiasa beri semangat dan tunjuk ajar. Alhamdulillah, di lorongkan untuk bertemu dengan beliau. Selama ni tengok dalam tV, magazine dengan blog  je.

Bersama business partner yang menerima  award



Alhamdulillah, sejak shida buat business ni, terasa lively sikit, bukan apa selama shida kerja tak pernah ada event macam ni. Lagi lagi bila kita dah bekerja keras, dah berusaha, company hargai macam ni. Rasa bersemangat lagi, duit dapat, happy life pun dapat.

InsyaAllah, kejayaan pasti ku genggam.

Friday 6 June 2014

RESEPI BROKOLI CHEESE SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum semua,  sihat?
Hopefully korang sihat ye. Dengan cuaca panas dan tak mene tu ni, banyakkan minum air masak tau.
Ok, shida nak share resepi brokoli cheese, yang mat salleh suka sangat makan dengan roti croissant. 


Bahan-bahan nya mudah saja, 
Brokoli dan cheese.
Cheese tak kisah berapa keping, ikut kesukaan.


Brokoli dan cheese dipotong kecil-kecil, masukkan dalam bekas yang tahan panas, sebab nak masak dalam oven.


Ok susun brokoli tu lapis-lapiskan dengan cheese. Titiskan air sedikit atas brokoli tu. Digalakkan guna air masak.
Sambil susun, panaskan oven.
Masukkan dalam oven dalam 10minit dengan suhu 200°c
Kalau cheese dah cair, brokoli dah lembut sikit kira dah siap la tu. Dah boleh makan. Alhamdulillah. 


Selamat Mencuba
^_^

MAJLIS PENCARIAN IKON HIJAB COMMUNITY MALAYSIA 2014

Awal Mei yang lepas, pencarian ikon pertama untuk Hijab Community Malaysia (HCM) berlangsung dengan meriahnya di Anggerik Mall.


Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi HCM, Kak Za Afiza, diikuti dengan aktiviti kuiz dari Ekimnaz selaku pengacara di majlis tersebut. Then, wakil dari MaryKay share tentang penjagaan bibir.


Slot selingan, fashion show dari YanaZain Collection. Yanazain Collection membawa dress dan baju yang sesuai untuk ibu2 muda yang masih breastfeed anak mereka.


Then, slot Imej dan Personaliti dari Sis Nadia Ibrahim.  Dalam slot ni, sis Nadia share tips pemilihan warna yang sesuai dengan kulit kita. Warna yang sesuai akan menyerlahkan penampilan kita dan orang sekeliling akan rasa sejuk mata dan hati pandang kita. 


Slot selingan, Fashion Show dari Rina J Collections. Rina J berkonsepkan baju kurung moden dan jubah yang trendy.


Sebelum sesi pagi selesai untuk berhenti rehat, The Twinnies hadiahkan 2 lagu untuk HCM. Sangat berbakat dan comel kembar berdua ni. 

Selepas rehat, solat Zohor dan lunch, acara perasmian oleh 
Dato' Munirah Abdullah dari Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.

Slot selingan sambil tetamu dan jemputan anak-anak yatim (maaf shida tak ingat dari mana, tapi mereka semua comel dan sebak masa layan diorang makan) menjamu selera, Fashion Show dari Zattera Apparel, berkonsepkan jubah dress.


Majlis diteruskan dengan sesi memeperkenalkan finalis Pencarian Ikon HCM. 




Slot selingan, fashion show dari JD Hijab and Apparel berkonsepkan fashion denim.


Seterusnya,  finalis menyerlahkan bakat mereka, ada yang menyanyi, bersajak, bersyair dan pembacaan ayat suci alquran.



Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada jemputan, sis Emy Sistv9 dan sis Nadia Ibrahim. Penyampaian sijil penghargaan untuk para penaja termasuk sumbangan kepada anak yatim.


Seterusnya, pengumuman pemenang Ikon Hijab Community Malaysia dan hadiah disampaikan.

Kategori Busana Pilihan

Kategori Finalis Pilihan
(mendapat like terbanyak di facebook)



Alhamdulillah,  mendapat liputan dari RTM dan diulas 
dari kak Hanum, pengacara RTM.

Sekali lagi, shida bersyukur sangat dapat bersama membantu Hijab Community Malaysia untuk event kali ini. Dapat berdiri dan duduk dengan mereka yang bukan sahaja sopan tetapi positif dan berjiwa besar.


Bersama Pengerusi Hijab Community Malaysia,  Sis Za Afiza
Bersama sis Azura

Bersama sis Azza

Bersama Ekimnaz


Alhamdulillah majlis selesai sesuai dengan apa yang direncanakan. Semoga Hijab Community Malaysia terus melangkah dan mencapai semua impian dan harapan.


Sunday 1 June 2014

RESEPI KEK MARBLE SIMPLE DAN SEDAP



Bahan-bahan
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila (shida guna cap blue key)
2 1/2 cawan tepung gandum (shida guna cap sauh)
2 cawan marjerin (shida guna cap pelangi)
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu makan serbuk koko
1 cawan gula kastor


Cara:
1. Masukkan marjerin dan gula kastor. Pukul sampai sebati dalam 10minit. untuk gebukan kek.


2. Masukkan telur. Pukul dalam 1 minit.


3. Masukkan esen vanila. Pukul dalam 1 minit.


4. Masukkan tepung gandum. Kacau perlahan-lahan. Sampai sebati.

5. Asingkan separuh adunan.


6. Bancuh serbuk koko dengan air masak sedikit.


7. Masukkan ke dalam adunan yang lagi separuh tu.


8. Masukkan dalam loyang sedikit demi sedikit. Gilir2 ikut warna tau. Coklat pastu kuning. (Maaf takde gamba)
9. Bakar dalam suhu 180°c dalam masa 40 minit. Kena tengok2 juga kadang2 oven ni lain2.
10. Makan panas2 memang sedap. Lagi2 yang kat atas tu, garing je. Yummy.



Selamat Mencuba!