Thursday 28 August 2014

KINABALU PARK SABAH, KAKI GUNUNG KINABALU

Sebab utama shida ke Sabah, selain makan, shida nak release tension. Nak lupakan sesak-sesak kat Kuala Lumpur. Jadinya, shida masukkan Kinabalu Park ni dalam itinerary must visit shida.

Tenang, aman, damai, nyaman and rasa bahagia je kat sana. Sampaikan, kitorang naik ke sana tutup aircond kereta. Sejuk! 

Kalau korang ada stamina, boleh la daki sampai ke Puncak Gunung Kinabalu. Tapi, shida takat kaki gunung aje..tak daya rasanya..Ada ternampak orang yang ambil upah bawa beg dengan tong gas. Memang real, tapi sayangnya, tak teringat langsung nak snap pic leka bersembang. T_T


Lepas tu, pergi ke pelantar melayan perasaan dengan angin yang tersangat sejuk. Subhanallah, cantik betul pemandangan. Dengan kabusnya.


Ok, selamat bercuti korang.



Luv luv,
ShahidaHassan

Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try!

No comments: