Monday 17 November 2014

BAJET TRIP KOREA - PERSEDIAAN MUDAH KE KOREA

Alhamdulillah, holiday selama 10 hari shida di Korea berjalan dengan lancar penuh dengan kenangan dan macam-macam emosi. Insha Allah akan di update satu persatu dari A to Z. 

Melalui pengalaman shida travel sendiri since masa pergi Singapore last year, buatkan kita lebih kenal diri kita and lagi banyak kenangan tau. Try la. Best sangat.


7 THINGS MUST DO BEFORE FLY:
1. Make sure PASPORT dah renew. Expired date 6 bulan ke atas sebelum fly. Even sehari je terlajak, still kena renew. Imigresen negara orang kita tak tahu karenah dia camne.

2.  Bawak PEN hitam atau biru masa travel untuk mudah isi white form kat atas flight nanti.
3. Makan Pil Mabuk 30 minit sebelum naik flight.

4. Travel Charger jangan dilupa, macam yang ni shida beli kat Lowyat Plaza RM11. Yg mata bulat ni boleh pakai kat Korea.


5. Camera, bagi shida camera ni terbaik sebab bateri dia tahan lama, boleh kena air and ada wifi. Leh update instagram dengan cepatnya. Bila dah travel jauh2 better bawak camera, sebab quality tak sama dengan fon.

6.  Bekalan makanan, macam serunding, sambal bilis, telur rebus dan etc. Pastikan makanan ni semua masuk luggage nanti kena buang pula kat Imigresen. Sedap macam mana pun makanan dorang tak boleh lawan makanan negara sendiri. 



7. Glove, Scarf, Coat, Legging, Lipbalm, Lotion walaupun korang pergi autumn, bawak je benda-benda ni. Suhu sana waktu pagi masa shida pergi ni dalam 8c. Tak pakai glove rasa meraung sejuk dia.







 Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
We can Plan & Try!


No comments: