Monday 29 December 2014

BAJET TRIP JEJU - LUNCH SEAFOOD JEJU TERBAIK

Sebelum ke Iichulbong, singgah restaurant seafood, satu arah je. Memang dugaan nak makan, masa tu berderet bas nak masuk ke Iichulbong, dalam 15 minit juga tunggu dalam van. Sara duk hirup coffee dia sampai ke titisan akhir. 
Mee ni dibuat daripada ubi kentang. Sara cakap perempuan Korea makan mee ni masa diet. Dorang tak makan nasi. Sebab low calories. Serius sedap. Rasa macam tomyam pun ada. Tapi pedas-pedas manis. Lain la rasa dengan masakan kita.

Masa yang ditunggu, abalone kusayang. Geram tengok gemuk-gemuk abalone nya. Yang penting fresh rasanya.
Masak depan mata. Masa tunggu dia masak, tak terkira la telan air liur. Dengan baunye. Rasanya masa travel ke Korea, makan kat Jeju paling best. Even kat Busan, kitorang makan seafood juga. Tapi masakan Jeju rasa lebih kena dengan tekak Melayu ni.
Udang kulit keras. Memang kesabaran tinggi nak kopek kulit beliau.

Cakap pasal ikan bakar ni, sebenarnya ikan ni belum terbalik lagi, bila sampai atas meja, kita yang akan terbalikkan. And terdengar bunyi gemersik yang paling merdu sekali dengar dia masak belah dalam. Bila tanya macam mana nak masak ikan ni. Macam tak percaya dorang tak guna rempah apa-apa pun. Garam sikit je untuk naikkan rasa. Shida rasa faktor fresh buat ikan ni super sedap.


Korang pernah makan Pajeon kat Dubu Dubu tak? Rasa super sedap kan. Tapi bila rasa Pajeon kat Jeju ni. Ok terus terfikir, apa yang aku makan kat Dubu Dubu tu. Nape lain sangat. Serius sedap sampai rasa nak order bungkus bawak balik Malaysia.

 Ni bachan @ side dish yang diberi. Kimchi dia memang terbaik. And lagi sekali, shida tertanya. Apa yang shida makan selama ni kat Dubu Dubu. Bukan DubuDubu tu tak sedap, just ada beza sikit. Mungkin faktor cuaca dan suasana agaknya. Haha.

Muka bahagia dan lega masa makan. Hee. Next destination, kita nak pergi air terjun! Yeay. And yang paling kelakar sekali, Sara kata first time die overtime sepanjang dia jadi tourist guide and semua gegirl. Dia rasa happy and rasa cam dia pun tengah holiday tu yang dia ok je nak overtime. Syukur, boleh la kitorang round sampai malam. Highly reccomend, Yeha Tour untuk korang.


Have fun korang!

Work hard, Plan Hard, Play Hard.

1 comment:

Lulu said...

Assalamualaikum wbt.

Nice post. Gambar makanan tu boleh buat org drooling.hehehe.

Boleh bagi nama kedai makan?
Insya-Allah akan ke sana nanti. :D