Sunday 28 December 2014

BAJET TRIP JEJU - MINIATURE THEME PARK

Ok masa untuk menjelajah dunia dalam 1 tempat. Miniature Park. Bangunan di serata dunia dikumpul kat sini. Ada juga bangunan yang shida tak tahu pun.
  Nampak macam panas terik kan, tapi percaya la, shida sejuk masa ni. Rasa nyaman even jalan banyak. Mana la shida tak jatuh hati kat autumn.


Masuk dalam Miniature ni semua jadi kanak-kanak rebina. Naik benda ni rasa macam kaki kena massage je. Memasing ambil turn. Rasanya kalau bawa anak kecik kat sini mesti spend masa lagi lama.
 
 Kat dalam miniature ni ada Mirror Maze lebih kurang trick eyes. Sebab dah masuk kat sini, shida dengan kawan2 decide skip trick eye museum. Sebab kami lebih suka outdoor. Nak rasa suasana kat Jeju puas-puas katanya.
 
 Alhamdulillah, selesai round kat sini dalam 2 jam. Yang paling best dapat snap depan mini Eiffel. Destinasi idaman shida lepas Korea. InsyaAllah satu hari nanti.


Tiket : 9,000 won termasuk Mirror Maze



Ok selamat bercuti korang. 
 
Work Hard, Plan Hard, Play Hard.

No comments: