Monday 23 March 2015

BAJET TRIP KOREA - EVERLAND THEME PARK


Gembira jadi double triple bila dapat diskaun nak masuk Everland ni. Harga asal 42,000 won, lepas shida tunjuk kad discount dapat harga 37,000 won. Jimat 5,000 won. Lepas la beli churos nanti. 
Oh ye, kad discount tu boleh print kat laman web Everland terus.

CARA NAK KE EVERLAND THEME PARK

- Take subway at Cheonggu Station (boleh refer dekat apps) 
- Change line 2 at Wangsimni 
- Get off at Jamsil Station
*masa kat Jamsil station ni dia akan exit dalam shopping mall Lotte Mall, jadinya kena keluar dari mall tu untuk ke bus stop. Jangan risau kat sini ramai yang boleh speaking. 
Seingat shida cari yang tulis Exit no3. Sebab naik atas, tengok belah kiri korang nanti terus nampak bus stop. Bus stop dia panjang sebab banyak bas berhenti kat situ. 

- Lepas tu naik bus no 5700 ni. 
Yang shida bulatkan tu station Everland. Lebih kurang dalam 40 minit perjalanan. 
Then, naik shuttle bus yang disediakan dari Everland sendiri. FREE! Masa shida sampai tu semua serbu toilet dulu pastu beli susu pisang kat 7E kat situ. Best tak ramai orang sangat, maybe shida pergi hari Jumaat bukan weekend. 

Kalau biasa tengok variety show or korean drama, dah biasa tengok kartun dorang macam Pororo ni. Pororo ni famous level Upin Ipin la kat Malaysia. Lagi-lagi Haha dalam Runningman memfamouskan lagi Pororo. 


Shida super excited kat sini sebab nak sangat naik Roller coaster yg dalam Runningman tu. 
T Express. Sebab - It has world's steepest wooden roller coaster record (77 degrees, 2009) dari Wikipedia.

Dari jauh memang nampak seram sangat. Tapi dah set dalam diri jangan sia-siakan peluang yang maybe once in a lifetime ni.

Mula-mula kawan2 shida semua tak nak except 2orang yang dah hilang dulu (dorang jalan dulu, malas nak snap picture)
So shida pujuk adik shida teman, berpisah la shida dengan lagi 2 orang kawan shida tu. Nasib baik adik shida nak teman. So dah fikir dah nak pujuk dia beriya-iya nanti. 
Nak dekat sejam juga shida beratur, petang tu ramai student Korea, foreigner tak la ramai mane. Dapat la tengok aksi-aksi comel romatic macam dalam drama korea tu.


Seriously, kalau korang ke sini. Wajib naik roller coaster ni, naik masa malam. Baru rare. 
And enjoy semua ride atau experience dari untuk kanak-kanak ke dewasa. Try semua. Lain dari Universal Studio Singapore. Berbaloi sangat.
Ni salah satu ride yang breathtaking, nampak macam biasa-biasa je. Mula-mula pun shida tak expect yang shida akan menjerit naik ride ni. Sekali, tergelak tak bersuara kat atas tu sebab dia ada pusingan 360 degree. Must try! 
 Bila over excited, sepanjang kitorang kat sana, makan churros je. 
Malam tu rezeki shida, dapat la tengok show kereta berhias dengan lampu semua sempena nak christmas. Dalam 15 minit macam tu.

Shida happy sangat sebab seharian dalam Everland ni, tak boring, view siang dan malam cantik sangat. Badan pun tak berpeluh, jadinya mood maintain je sepanjang hari siap main merry go round ni ha.
Everland tutup pukul 8pm. Masa tu baru terasa lapar dan letih.
So, semua setuju terus balik guesthouse.
Balik tu makan kat guesthouse je. Hehe.

Syukur perjalanan shida hari ini berjalan dengan lancar.
*balik pun guna route yang sama.


No comments: