Wednesday 25 March 2015

BERBALOI KE PAKEJ HOLIDAY DI MATTA FAIR?

Ada yang  baru balik bercuti ke? Alhamdulillah, awal tahun shida betul-betul excited.  February shida  ke Langkawi dengan keluarga & Mac pula shida ke Tioman dengan bestfriends. Dua-dua holiday shida amik pakej kat Matta Fair bulan September tahun lepas.

Berbaloi ke? Kalau berbaloi tu mesti maksudnya JIMAT ke? 

Seriously  deep deep dari hati shida, teramat BERBALOI dan JIMAT lagi PUAS HATI. Ada pepatah buatan shida sendiri, tapi tak tahu la korang pernah dengar kat mana-mana kan.
 
"Murah Tak Semestinya Tak Bagus, 
Mahal Tak Semestinya Bagus"

Bagi shida apa yang kita pilih tu memenuhi keperluan. Macam pakej-pakej yang shida amik. Cukup la tempat tidur BERSIH, SELESA, ada AIRCOND, pakej snorkeling BERBALOI dan DEKAT dengan tempat-tempat menarik. Semua orang nak holiday dia PERFECT match dengan apa yang diidamkan. 

Dari pengalaman shida kat beberapa tempat ni, ada yang TERKURANG juga. Tapi, konsep bercuti bagi shida BONDING time and SELFIE time.

Adjust dan bersyukur dengan setiap kelebihan dan kekurangan. Pujuk pujuk hati dengan pemandangan indah dengan kelebihan-kelebihan yang ada. Mesti hati jadi sejuk. Lama-lama yang kurang tu mesti jadi LUPA.

No comments: