Monday 28 September 2015

BAJET TRIP KOREA - GYEONGBOKGUNG PALACE & GWANGHWAMUN SQUARE

Ikut pada itinerary sebenar, last day ni shida akan ke Myeondong untuk shopping habiskan baki duit yang ada. Tapi disebabkan itinerary shida lari sikit sebab pagi semalam pergi ke Petite France, so sebelum balik Malaysia shida decide nak pergi juga tengok Gyeongbokgung Palace dengan Gwanghwamun Square 
(scene Lee Min Ho berlakon dalam City Hunter)
Awal pagi kitorang keluar itu pun dalam 8am. So kitorang akan jumpa orang2 Korea yang nak pergi kerja. Semangat betul masing-masing. 2 lagi kawan shida pilih pergi shopping. So kami bergerak berempat masa ni.

CARA KE PALACE

Take subwat at Cheonggu (Line 6)
Change line at Yaksu (Line 3)
Get off at Gyeongbokgung 
Pastu follow je signboard istana, nanti ada exit terus jumpa istana.


Alhamdulillah dah sampai, memang cantik sangat and luas betul kawasan istana dia, shida tak masuk pun sebab dia buka pukul 10 am, shida nak ke Plaza M nak pakai hanbok. So cukup la shida round2 sekitar. Kat sini ada muzium sejarah Korea juga.
Shida spend masa kat sini dalam 1 jam. And terus ke Gwanghwamun Square, tapi yang tak bestnya ada karnival apa tah kat dataran tu, so tak nampak sangat suasana macam dalam drama.
Gwanghwamun Square kat seberang jalan, tengah jalan tu. Macam Dataran Merdeka pun ada. :)
Ok selesai cuci mata sini, kitorang terus ke Myeondong nak pergi ke Plaza M. Nak dapatkan turn no1 pakai hanbok iaitu pukul 10am. Risau betul masa ni, kalau tak dapat no1 sebab pukul 12 dah nak check out. Dengan beg tak kemas lagi. T_T
Kenapa tak book awal?
Puncanya semalam tu shida dah booking pukul 1.30pm, kira balik dari Petite France terus pakai hanbok. Dah sampai awal dah, tapi leka dengan penjual kat Myeondong tu, shida boleh lak terlambat 5 minit. So shida punya turn tu, orang tu cancel. Tegas betul dia dengan pengurusan masa. So, ada la sikit pengajaran kat sini, Jangan leka dengan oppa handsome. Haha.
Dia lak tak terima booking untuk hari lain, dia jenis walk in booking. So sebab tu decide nak turn no 1 and sampai biar dalam pukul 9.30am. *phew

sekitar kawasan istana





Work hard. Plan hard. Play hard.

No comments: